Bagi penggemar aktiviti lasak, tentu korang tercari-cari lokasi menarik untuk hiking di Pahang yang boleh dikunjungi. Sebagai negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia, negeri Pahang mempunyai banyak keistimewaan dari segi bentuk muka bumi.
Selain Gunung Tahan dan juga Gunung Irau yang biasa dikunjungi oleh kaki hiking di Pahang, sebenarnya ada banyak lagi lokasi yang menarik untuk didaki.
Kaki Pewai cuba bawakkan lokasi yang mungkin kurang dikenali tak seperti Gunung Tahan dan Gunung Irau untuk korang cuba.
Lokasi Menarik Untuk Hiking Di Pahang
1- Gunung Benum
Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut.
Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia . Banjaran Benom ini terletak di antara sempadan dua buah daerah iaitu sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub. Gunung ini boleh didaki menerusi tiga cara iaitu dari Sungai Klau di Raub, dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang Asli di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2 atau 3 jam manakala pendakian yang agak sukar dan jauh menenerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.
Jika pendakian menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut pula pendakian akan bermula dari Kampung Tengah, Ulu Cheka dan untuk sampai ke kawasan pendakian perlulah melalui perkampungan kecil di Kampung Damak menuju ke Kampung Ulu Cheka sehinggalah sampai di Kampung Tengah Mukim Ulu Cheka Jerantut. Melalui Kampung Tengah ini pendakian agak sukar dan terpaksa menempuh bukit yang tinggi serta dipenuhi pelbagai spesis tumbuhan.
2- Gunung Brinchang
Gunung Brinchang merupakan gunung kedua tertinggi di Cameron Highlands selepas Gunung Irau. Gunung Brinchang mempunyai ketinggian setinggi 2,031 meter dari paras laut.
Di puncak Gunung Brinchang korang boleh menikmati permandangan indah Cameron Highlands. Jika cuaca baik, korang boleh nampak pekan Kampar dan sebahagian daripada banjaran Titiwangsa.
3- Gunung Tangga
Gunung Tangga berada di sempadan Cameron Highland – Gua Musang. Gunung ini agak jarang didaki kerana kurang diketahui umum memandangkan gunung ini berada agak jauh dari Kg Rajah, Cameron Highlands dan sebelum ini tiada jalan untuk ke sana.
Gunung ini paling hampir dengan penempatan Orang Asli Pos Brooke, Kelantan.
Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 2,014 meter dari paras laut.
4- Gunung Ulu Kechau
Gunung Ulu Kechau ialah sebuah gunung yang terletak di Banjaran Tahan, mempunyai ketinggian setinggi 1,945 meter dari paras laut.
5- Gunung Siku
Gunung Siku juga merupakan salah satu gunung yang berada di Cameron Highlands. Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 1,915 meter dari paras laut.