Sebagai negeri paling utara di Malaysia, negeri Perlis banyak mempunyai lokasi yang menarik untuk kaki hiking. Terdapat banyak bukit untuk hiking di Perlis.
Dalam artikel kali ni, saya ingin memperkenalkan lokasi untuk hiking di Perlis supaya korang boleh mencuba panjat beberapa bukit di sekitar Perlis ini yang boleh tahan mencabar juga.
Bukit Untuk Hiking Di Perlis
1. Bukit Chabang
Bukit Chabang, Perlis tidaklah popular seperti gunung atau bukit-bukit yang lain. Akan tetapi ia adalah sebuah bukit yang mempunyai view yang cantik. Walaupun Bukit Chabang mempunyai ketinggian hanya 390 meter dari paras laut tetapi ia tetap mampu memberi cabaran kepada pendaki-pendaki. Bukit Chabang hampir 80-90% climb dengan struktur berbatu tajam dan berlubang menyukarkan lagi pendaki-pendaki.
Dari jauh sememangnya bukit ini terlihat unik kerana posisi dua bukit yang berdekatan yang seakan-akan bukit yang bercabang. Mungkin kerana pemandangan itulah bukit ini mendapat nama.
Bukit Chabang merupakan bukit batu kapur yang dikelilingi ladang getah. Bukit ini dikategorikan sebagai antara bukit yang tough kerana laluan pendakian yang dapat dikatakan 90% berbatu dan mencanak lebih 70⁰. Pendakian yang tidak terlalu jauh untuk ke puncak bagi menikmati pemandangan yang indah telah menyebabkan ia menjadi pilihan para pemburu pemandangan matahari terbit.
Tetapi, untuk mendaki bukit ini, pendaki haruslah mendapatkan permit pendakian terlebih dahulu dan sebolehnya mempunyai guide yang terlatih untuk keselamatan.
2. Pintu Wang Gunung
Wang Gunung amat terkenal dalam kalangan para pendaki gunung batu untuk menikmati keunikan dan cabaran. Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 499.1 meter dengan pemandangan yang cantik lagi mempersonakan.
Sebahagian kawasan Machinchang, Setul, Kubang Pasu dan Chuping turut bersambung dengan Wang Gunung. Hal ini kerana Wang Gunung dipenuhi oleh batu-batu besar yang menyebabkan kawasannya bersambung. Kawasan Wang Gunung ini mempunyai potensi besar untuk dipromosikan sebagai salah sebuah tapak sejarah dan tapak Geo Pelancongan bagi Negeri Perlis.
Pendakian ke Gunung Wang mengambil masa lebih kurang 3 – 4 jam dan mempunyai 14 hentian untuk para pendaki berehat sebelum meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak Wang Gunung. Pendaki perlu menghadapi pelbagai halangan dan rintangan sebelum sampai ke puncak gunung. Antara halangan yang paling sukar untuk direntasi adalah permukaan Wang Gunung yang dipenuhi dengan batu-batu besar serta pendakiannya yang curam sehingga 80 darjah curaman.
3. Bukit Lagi
Bagi yang gemar melakukan aktiviti ‘jogging’ dan mendaki bukit, Taman Awam Bukit Lagi merupakan tempat yang tidak asing lagi. Kawasan bukit yang pernah menjadi lokasi pengambaran filem “Jangan Pandang Belakang Congkak” ini merupakan satu tempat yang mempesonakan.
Kawasan Bukit Lagi yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Kangar serta akses yang mudah dari jalan besar menjadikannya satu pilihan penduduk untuk berekreasi bersama keluarga.
Bukit Lagi terkenal kerana terdapat gua yang dikenali sebagai Gua Cenderawasih.
Di samping pintu Gua Cenderawasih terdapat laluan mendaki Bukit Lagi ini. Laluan ini merupakan tangga buatan yang sangat menguji ketahanan fizikal bagi seorang sudah lama tidak mendaki bukit. Terdapat bahagian tangga yang curam dan kecil saiz anak tangganya, jadi sangat dinasihatkan agar pendaki melakukan ‘warming-up’ sebelum melakukan pendakian dan behati-hati ketika mendaki. walaupun tidak terlalu tinggi, tetapi keselamatan diri perlu diutamakan.
4. Bukit Tok Dun
Mungkin ramai belum mengetahui di mana terletaknya Bukit Tok Dun? Sebenarnya bukit berkenaan bukannya baharu, tetapi ia seperti dijelmakan semula selepas pemilik tanah, Felda Global Venture (FGV) melakukan pembersihan kawasan bagi tujuan pertanian.
Selepas ditarah dan ditanam semula FGV, bukit berkenaan menjadi tarikan anak muda bagi tujuan pendakian riadah, malahan turut menjadi aktiviti keluarga terutamanya pada hujung minggu.
Bukit Tok Dun terletak di Pauh kira-kira 20km dari Kangar dan lima kilometer dari pekan Changloon.
Antara yang menjadi tarikannya adalah melihat awan pagi yang umpama karpet putih pada puncak bukit yang terbentang luas sebelum matahari memunculkan sinarnya.
Ini antara 4 lokasi yang menarik untuk hiking di Perlis yang di pilih oleh blog KakiPewai.com.
Jika korang ada lagi tempat menarik untuk hiking di Perlis yang tiada dalam senarai ini, boleh bagitau admin. Nak juga pergi try tempat tu.
Hi. Perlu guide ke untuk ke Wang Gunung? dan permit kena apply awal atau bayar masa kita sampai sana di hari kejadian?
Salam admin…sy nk tnya mcm mne trek ke puncak bkit tok dun