Hiking di Kelantan. Negeri Kelantan mempunyai banyak keistimewaan muka bumi yang tiada di tempat lain. Bagi korang yang meminati aktiviti hiking, Gunung Stong sudah tentu menjadi lokasi yang tidak akan dilepaskan jika menyebut tempat hiking di Kelantan.
Selain daripada Gunung Stong, terdapat banyak lagi lokasi hiking di Kelantan yang kurang dikenali tetapi menarik untuk korang cuba.
Untuk memenuhi permintaan dari ramai pembaca yang meminta untuk ditulis artikel khas mengenai negeri Kelantan, jom baca seterusnya.
7 Tempat Menarik untuk hiking di Kelantan
1- Gunung Chamah
Gunung Chamah merupakan salah satu daripada gunung yang dikenali sebagai G7, iaitu tujuh puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia yang melebihi ketinggian 2,100m. Gunung Chamah adalah gunung keenam tertinggi di Malaysia dan yang tertinggi di Kelantan.
Dari segi kedudukan geografinya, Gunung Chamah adalah sebahagian daripada koridor di antara ‘Lower Belum’ di Negeri Perak dan Lembah Nenggiri di Negeri Kelantan, satu kawasan yang masih diliputi hutan dan belum terusik. Tidak banyak yang diketahui berkenaan flora dan fauna gunung bagi kawasan tersebut tetapi secara lazimnya mungkin akan ada spesies endemik dan spesies yang jarang ditemui terdapat di persekitarannya.
2- Gunung Yong Belar
Gunung Yong Belar merupakan gunung ke 3 tertinggi di Semenanjung Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 2,181 meter dari aras laut. Lokasinya terletak di sempadan negeri Perak – Pahang – Kelantan. Gunung ini juga merupakan salah satu gunung G7.
Jika korang dah biasa mendaki Gunung Irau, apa kata cuba pula mendaki Gunung Yong Belar.
Cabarannya juga sehebat mendaki Gunung Irau dan boleh menambah kepuasan bagi korang kerana berjaya menawan puncak ke 3 tertinggi di Semenanjung Malaysia.
3- Gunung Yong Yap
Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 2,167 meter dari aras laut. Gunung ini juga berada dalam kategori G7.
Gunung ini merupakan gunung ke 6 tertinggi di Semenanjung Malaysia.
Gunung ini mempunyai tarikan tersendiri terutama pada permandangan di puncak, laluan yang cantik, dan jalan masuk yang melalui perkampungan orang asli. terdapat 2 jalan masuk ke gunung ini iaitu A-dari Kampung Kuala Mu di Sungai Siput, Perak dan B-dari Pos Brooke Sungai Rengil, Cameron Highlands, Pahang.
4- Gunung Shoid
Gunung Shoid yang terletak di Banjaran Titiwangsa berdekatan daerah Gua Musang, Kelantan dengan ketinggian 1,959 meter dari aras laut merupakan gunung yang jarang diterokai oleh mana-mana kumpulan pendaki tempatan mahupun Orang Asli di kawasan tersebut.
5- Gunung Berhid
Gunung Berhid dengan ketinggian 1,931 meter dari paras laut merupakan 1 lagi gunung yang terletak di Gua Musang.
Gunung ini berkongsi banjaran dengan Gunung Aler.
Walaupun agak kurang terkenal berbanding dengan gunung yang lain, gunung ini juga menjanjikan pendakian yang agak mencabar.
6- Gunung Basor
Gunung Basor mempunyai ketinggian setinggi 1,840 meter dari paras laut. Gunung ini merupakan tapak pemeliharaan hidupan liar seperti Harimau.
7- Gunung Stong
Gunung Stong terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan. Gunung ini mempunyai ketinggian 4,664 kaki (1,421 meter) dari aras laut. Gunung ini merupakan gunung yang amat popular di kalangan pendaki dari seluruh Malaysia.
Tarikan utama yang terdapat di gunung ini ialah air terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut dan merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.