Penggemar aktiviti hiking sudah tentu ada pilihan mereka tersendiri apabila kita bercakap mengenai tempat hiking di Selangor ini.
Terdapat banyak tempat untuk korang pilih sebenarnya untuk hiking di Selangor ini.
Kaki Pewai cuba ketengahkan tempat yang menarik mengikut daripada pengalaman kami sendiri.
7 Pilihan Tempat Hiking Di Selangor
1- Gunung Semangkok
Dengan ketinggian setinggi 1,824 meter dari paras laut, Gunung Semangkok merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Gunung ini terletak di sempadan Pahang dan Selangor.
Terlalu jarang pendaki yang dapat sampai ke Puncak Gunung Semangkok. Ini adalah kerana treknya agak sukar, tidak berapa jelas, serta agak merbahaya.
Pendakian Gunung Semangkok dikategorikan sebagai tahap “Hardcore 5 Bintang”.
Bagi sesetengah pendaki mereka beranggapan bahawa Gunung Semangkok dan Gunung Ulu Semangkok adalah gunung yang sama. Tetapi sebenarnya ‘its totally wrong’ sebab ia adalah dua gunung yang berbeza, ini disebabkan Gunung Ulu Semangkok hanya mempunyai ketinggian sebanyak 1394M manakala Gunung Semangkok mempunyai ketinggian yang lebih tinggi iaitu 1824M.
2- Gunung Ulu Kali
Gunung Ulu Kali merupakan gunung kedua tertinggi di Selangor, terletak di Ulu Yam Baru mempunyai ketinggian setinggi 1,772 meter dari paras laut.
Di atas puncak gunung ini terdapat menara pemancar RTM.
3- Gunung Rajah
Gunung Rajah mempunyai ketinggian 1,684 meter dari paras laut. Ia merupakan jajaran banjaran titiwangsa dan terletak di Pusat Rekreasi Chamang iaitu kawasan air terjun yang popular di daerah Bentong. Flora dan fauna seperti pokok periuk kera dan orkid hutan banyak terdapat di Gunung Rajah.
4- Gunung Nuang
Gunung Nuang mempunyai ketinggian setinggi 1,493 meter dari paras laut. Terletak di sempadan Pahang dan Selangor.
Terdapat 3 tempat trek pendakian. 2 daripadanya adalah terletak di negeri Selangor, 1 di Kuala Pangsoon, Hulu Langat dan 1 lagi terletak di Kampung Kemensah, Gombak. 1 lagi trek pendakian terletak di negeri Pahang melalui Bukit Tinggi, Bentong.
5- Gunung Bunga Buah
Gunung Bunga Buah ini terletak di sempadan negeri Selangor dan Genting Highland, Pahang. Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter dari paras laut tetapi sebenarnya pendakian akan bermula di ketinggian 900 meter dan bukan dari 0 meter. Disebabkan faktor ini, Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan popular bagi pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang ketika cuti hujung minggu kerana boleh didaki dalam masa sehari.
Gunung Bunga Buah ini boleh didaki dari kawasan Genting Highland atau lebih tepat lagi daripada Pekan Gohtong Jaya. Ada dua trek yang boleh digunakan untuk menuju ke gunung ini, trek pertama daripada simpang belakang Hotel Seri Malaysia dan trek kedua pula adalah daripada bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua trek ini adalah di dalam tanah persendirian dan secara rasminya pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui trek-trek ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan akibat menceroboh.
Pendakian akan melalui trek yang mencanak naik dan juga trek turun yang curam. Ada yang kata treknya lebih kurang sama dengan Gunung Nuang.
6- Bukit Broga
Bukit Broga juga dikenali sebagai Bukit Lalang merupakan lokasi hiking yang amat popular di Selangor.
Bukit ini terletak di Semenyih, mempunyai ketinggian setinggi 400 meter dari paras laut. Trek pendakian bermula tidak jauh dari Universiti Nottingham.
7- Bukit Tabur
Bukit Tabur terletak di Taman Melawati, mempunyai ketinggian setinggi 396 meter dari paras laut. Bukit Tabur ada 5 bukit/puncak, semua merupakan genting quartz. Bukit Tabur ialah satu tempat sangat popular untuk hikers dari seluruh Lembah Klang, sebab di atas Bukit ada pemandangan cantik.
Walaupun pemandangan dari Bukit Tabur cantik, dan hiking kat sana tak mencabar sangat, pendakian Bukit Tabur agak merbahaya kerana sebab ada banyak tempat curam.
Kepada pendaki amatur, diingatkan bahawa tahap kesukaran mendaki adalah 3/5. Bukan seperti Bukit Broga yang kesukaran dia 1/5. Trek dia ada dua trail iaitau Tabur West dan Tabur East. Disarankan kepada siapa yang baru nak cuba mendaki Bukit Tabur, lalu jalan Tabur West. Kerana Tabur West lebih mesra pengguna.
Trek memerlukan skil memanjat untuk sampai ke puncak. Mencabar dan menarik. Dengan ketinggian 396 meter. Pendakian boleh sampai 3-4 jam. Tengok kepada skil pendaki dan trafik di bukit. Hujung minggu confirm ramai nak naik.