Saya nak tanya, korang pernah tak pergi hiking di Kedah?
Ada banyak lokasi yang menarik di Kedah yang korang boleh pergi. Bagi korang yang tak pernah lagi hiking di Kedah, jom baca artikel khas untuk korang ini.
Lokasi ini saya pilih berdasarkan dari yang kurang di kenali dan menarik untuk di hiking.
6 Tempat Hiking Di Kedah
1. Bukit Enggang
Bukit ini yang terletak di daerah Sik merupakan bukit tertinggi di daerah tersebut.
Bukit yang mempunyai ketinggian 452 meter ini merupakan salah satu daripada 6 bukit yang terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Enggang. Pendakian boleh mencecah sehingga 2 jam dari kaki bukit ke puncak.
Di sepanjang perjalanan, korang boleh menikmati kehijauan dan suara air terjun.
Walaupun dihimpit dengan isu pembalakan haram, masih terdapat kawasan yang belum dicerobohi yang boleh korang enjoy sepanjang pendakian.
2. Gunung Kemerlong
Gunung yang mempunyai ketinggian 706 meter ini juga terletak dalam daerah Sik.
Gunung ini terletak di Kampung Bendang Man.
Dengan tahap kesukaran mendaki boleh dikatakan dalam kategori moderate, pendakian adalah berbaloi apabila dapat melihat awan karpet di puncak.
Laluan pendakian agak lembab terutama ketika hampir ke puncak di mana laluan agak curam.
Untuk mendaki, korang digalakkan menggunakan khidmat jurupandu.
Tapi kalau korang takut pacat, hati-hati kerana di sini terdapat banyak pacat.
3. Gunung Baling
Gunung Baling berketinggian 420 meter dari aras laut antara tarikan pendaki yang mahukan laluan lebih santai mahupun sekadar memanaskan badan.
Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Pekan Baling, pastinya pernah melihat dua gunung yang berdiri megah di kawasan Baling iaitu Gunung Pulai dan Gunung Baling, pada ketika ini tengah menjadi tumpuan para pendaki seluruh malaysia terutama selepas ‘viral’ di media social untuk berkunjung ke sini disebabkan kecantikan pemandangan gunung batuan kapur daripada puncak gunung.
Bagi korang yang gemarkan keindahan alam semulajadi dan aktiviti outdoor Gunung Baling antara port yang wajib korang jejaki.
Gunung ini termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops di mana Gunung Baling terdiri daripada batuan batu kapur. Lokasi Gunung Baling terletak di Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E.
Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian korang akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.
4. Gunung Jerai
Gunung Jerai, yang sebelum ini dikenali sebagai “Puncak Kedah” dikatakan antara puncak tertinggi ke-2 di Kedah yang menakjubkan terletak di sepanjang pinggir pantai negeri ini.
Gunung ini telah memainkan peranan penting bagi peniaga kapal pertama dari India dan Arab untuk mendarat dengan selamat. Seperti yang dikatakan oleh pelaut purba, mereka menganggap gunung ini sebagai tapak yang suci dan telah membina banyak kuil di atasnya.
Ketinggian Gunung Jerai adalah 1,380m di atas paras laut dan ia boleh dilihat dari seluruh Selat Melaka.
Untuk mendaki, ramai memilih untuk bermula dengan mendaki trek tangga yang dikenali sebagai Tangga Kenari 1,000 Tahun yang bermula di Titi Hayun. Tangga ini mempunyai lebih 1,000 anak tangga.
5. Gunung Bintang
Gunung Bintang adalah gunung tertinggi di Kedah.
Gunung ini merupakan sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak, berketinggian 1,862 meter dari aras laut dan ia merupakan sebahagian daripada gunung dalam deretan Banjaran Bintang yang menganjur dari Selatan Thailand. Pun begitu puncak Gunung Bintang terletak di dalam sempadan negeri Kedah.
Trips mendaki Gunung Bintang mengambil masa selama 2 hari 1 malam dan starting point bermula daripada Lata Sedim, Kedah. Jangkaan masa pendakian sampai ke puncak mengambil masa 12 jam bergantung kepada stamina pendaki dan jarak pendakian sejauh 13-14 km untuk sampai ke puncak.
Untuk mendaki Gunung Bintang boleh dibahagikan kepada beberapa checkpoint, Check Point 1 akan menjumpai kawasan air terjun, seterusnya Check Point 2 kawasan permatang dan Check Point 3 terakhir iaitu di kem Bunian di mana di sini terletaknya last water point sebelum terus ke puncak.
6. Gunung Keriang
Ia dikenali dengan nama lain ‘Mount Caves’ adalah satu artifak pra-sejarah silam yang mengandungi pelbagai misteri dan khazanah berharga di dalamnya.
Ia terletak lebih kurang lapan kilometer dari pusat bandar Alor Setar, ibu negeri Kedah. Gunung Keriang juga dikenali sebagai Bukit Gajah bagi masyarakat Cina. Dengan ketinggiannya yang melebihi 714 kaki, bukit itu dikelilingi oleh pemandangan sawah padi yang menghijau subur.
Pendakian ke puncak Gunung Keriang amat mudah kerana laluan yang ada telah sedia menggamit pengunjung. Dari sudut geologi keunikannya amat terserlah malah pada sesiapa yang gemar menikmati alam sekitar maka puncak Gunung Keriang mampu memberi manfaat.
Menujuk ke puncak menempuh laluan berbatu yang sempit dan curam namun sebagai pusat rekreasi setempat maka trek telah dibuat. Pohon-pohon besar dengan akar kayu yang berlingkar di sana sini. Ada juga gua-gua kecil yang kelam di dalamnya, enggan aku meneroka meninjau ke sana. Dikatakan suatu ketika dahulu gua ini adalah tempat tinggal etnik tertentu yang mempunyai peralatan pinggan mangkuk yang lengkap namun kemudian semuanya hilang akibat ada penduduk yang tidak memulangkannya.
Ini merupakan 6 lokasi hiking di Kedah yang menjadi pilihan saya.
Kongsikan pengalaman anda jika pernah mendaki salah satu daripada tempat hiking di Kedah ini.
Assalamualaikum, maaf bertanya semua bukit dan gunung ni kena apply permit ke?
Gunung Baling merupakan tempat hiking yang menarik. Saya membayar 100 ringgit untuk “tour guide” yang bawa kita ke puncak. Guide itu sangat peramah dan baik. Selepas turun dapat Sijil Pendakian. Aktiviti keluarga yang menyeronokkan.
Kami sekeluarga telah mendaki Gunung Jerai melalui laluan tar setinggi 13km. Kami mengambil lebih kurang 3 jam untuk sampai ke kawasan hotel. Pendakian yang menyeronokkan. Air terjun sangat bersih dan cantik. Pemandangan dari kawasan hotel sangat cantik terutamanya malam.
Pada 23 Mac 2019 saya bersama team hiking AXO telah mendaki gunung keriang dan meneroka gua gunung keriang. Selama sejam pendakian dan 7 jam lagi dalam gua mencari khazanah alam iaitu Batu Kristal yang sangat unik bentuknya. Kami ditunjuk arah oleh Pakcik Ba’ie yang sangat baik orangnya. Memang puas tengok pemandangan dan batu Kristal tambahan lagi apabila keluar dari gua dan turun dari gunung setelah berpenat lelah redah batu, gaung dan dinding gua yang sangat mencabar jiwa raga.
Assalamualaikum..saya nak bertanya dengan siapa saya nak dapatkan hikmat “tour guide” untuk mendaki bukit enggang dan bukit kemerlong. macam mana saya nak hubungi guide tersebut. terima kasih