Bagi korang warga Terengganu, sudah pasti korang biasa dengan beberapa tempat hiking di Terengganu ini. Tak pasti samada korang dah pernah pergi ke semua tempat ini ke tak.
Bagi korang, orang luar Terengganu, list hiking di Terengganu ini boleh korang gunakan sebagai panduan untuk memilih lokasi yang boleh korang hike.
Banyak tempat menarik untuk hiking di Terengganu, tapi Kaki Pewai pilih yang menarik mengikut pengalaman kami.
5 Tempat Menarik Untuk Hiking Di Terengganu
1- Gunung Lawit
Gunung Lawit mempunyai ketinggian setinggi 1,519 meter. Ini merupakan gunung tertinggi dan terletak di Kuala Berang.
Kawasan persekitaran gunung Lawit terdiri dari 7 gunung iaitu Gunung Tembat, Gunung Bongsu dan Gunung Lawit di utara, Gunung Kachang, dan Gunung Raung di barat, Gunung Gajah Terom di barat dan Gunung Gagau di sebelah selatan.
2, Bukit Keluang
Terletak kira-kira 140 KM dari Kuala Terengganu, dan 10 minit dari pekan Jertih,
Bukit Keluang merupakan tempat yang tidak asing untuk pengunjung yang singgah sebelum ke Pulau Perhentian.
Di sini juga merupakan lokasi menarik untuk “star gazing” pada waktu malam.
Bukit yang setinggi 141 meter membolehkan korang melihat pemandangan terus ke Laut China Selatan.
Pemandangan yang pasti memukau.
3- Gunung Padang
Gunung Padang mempunyai ketinggian setinggi 1,314 meter dari paras laut.
Lokasi gunung ini adalah terletak di Hulu Terengganu.
4- Gunung Gajah Terom
Gunung Gajah Terom mempunyai ketinggian setinggi 1,206 meter dari paras laut.
Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Secara ammnya gunung ini terletak tidak berapa jauh dari Air Terjun Lasir Tasik Kenyir serta tidak tinggi akan tetapi mungkin laluannya boleh menyebabkan penderitaan mental kepada para pendaki. Pendakian biasanya bermula dari kawasan air Terjun Sekayu.
5- Gunung Sarut
Gunung Sarut merupakan salah satu puncak tertinggi yang terletak di dalam daerah Setiu dengen ketinggian setinggi 1,229 meter dari paras laut.
Kawasan cantik dan bersih. Starting point Gunung Sarut adalah di Lata Payung.
Lata Payung satu masa dahulu telah diwartakan sebagai Hutan Lipur. Namun disebabkan kes kepala air yang kerap berlaku, Hutan Lipur Lata Payung ditutup kepada orang ramai.
Sekiranya anda pernah pergi ke Gunung Sarut, anda pasti terpukau dengan keindahan permatang bonsai. Ada kemungkinan, akibat dari terdedahan Gunung Sarut kepada hujan bukit, gunung sarut tidak dapat menyimpan suhu panas dari pancaran matahari disebelah pagi, kerana disirami hujan disebelah petang, ini menyebabkan suhu gunung sarut lebih sejuk pada paras 800m dan pokok bonsai boleh hidup pada aras 800m.
Kepada para pendaki, sila berhati-hati ketika mendaki Gunung Sarut terutamanya ketika melalui Blue Pool. Ada kemungkinan besar paras air sungai akan naik secara tiba-tiba dan menyebabkan trip anda tergendala.
Siapa yg blh sy contact utk mendaki gunung Lawit.