Dalam 2 artikel sebelum ini saya dah kongsikan antara tempat menarik untuk hiking di Perlis dan Kedah, kali ni saya nak kongsikan tempat menarik untuk hiking di Pulau Pinang pula.
Sebagai negeri kepulauan, tempat hiking di Pulau Pinang tidak kurang menarik dan mencabar juga.
Kalau sebelum ni korang datang ke Pulau Pinang untuk melihat keindahan pantai dan makanannya, jom kali ni apa kata join trip hiking pula.
Tempat ini saya pilih berdasarkan minat peribadi. Semoga korang semua suka semua tempat ini.
5 Tempat Hiking Di Pulau Pinang
1- Bukit Bendera (Penang Hill)
Dengan ketinggian 833 meter, Bukit Bendera merupakan antara lokasi popular di kalangan kaki hiker.
Selain memilih untuk ke puncak Bukit Bendera dengan menaikki tren, untuk lebih mencabar, korang boleh pilih untuk ke puncak dengan melalui denai hutan. Ada beberapa trek atau laluan popular yang boleh dipilih untuk hiking naik ke Bukit Bendera. Antaranya adalah menerusi Taman Botani (Trek Jeep), MoonGate atau Laluan Warisan.
Antara yang popular ialah laluan melalui Laluan Warisan. Pendakian ke puncak Bukit Bendera biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam. Sepanjang pendakian korang boleh menikmati pemandangan hutan dan juga trek tren Bukit Bendera.
Biasanya hiker akan pilih untuk naik melalui denai hutan dan turun dengan menggunakan tren.
2. Bukit Jambul
Dengan nama Bukit Jambul, jangan tersalah pergi dekat shopping mall pulak ya… hehe
Dengan ketinggian setinggi 500 meter dari aras laut, Bukit Jambul menjadi tumpuan para hiker yang baru bermula kerana trek pendakiannya agak mudah. Tempoh pendakian ke puncak hanya mengambil masa 30 minit.
Trek pendakian adalah berbatu dan jalan tar. Dari puncak Bukit Jambul korang boleh menikmati permandangan Jambatan Pulau Pinang dan Pusat Perindustrian Bayan Lepas.
3. Bukit Cherok Tokun
Dengan ketinggian 500 meter dari aras laut, Bukit Cherok Tokkun merupakan puncak tertinggi di Seberang Perai.
Untuk ke sini, hanya perlu ke Hutan Lipur Bukit Mertajam di Cherok Tokun. Untuk hiking ada banyak trek. Jalan tar untuk jip menjadi salah satu trek hiking untuk ke puncak. Selain itu ada dua trek hutan popular yang boleh membawa pendaki ke puncak.Untuk trek hutan dari Hutan Lipur ni ada dua iaitu trek bersebelah dengan air terjun, dan trek sebelah empangan lama. Jangan risau kerana trek-trek ni trek yang jelas.
Trek bersebelahan dengan air terjun lebih landai gradient. Hanya perlu ikut anak tangga dan sampai di penghujung anak tangga terus melintasi anak sungai kecil dan terus melaui hutan. Trek ni akan tamat di pertemuan dengan jalan tar yang mana ada pondok rehat Kelab Rekreasi Bukit Mertajam. Untuk ke puncak boleh terus dengan jalan tar ataupun ikut trek hutan (sebelah kiri jalan iaitu bertentangan dgn pondok rehat, tapi laluan masuk ramai terlepas pandang). Kalau ikut trek hutan akan terlepas ke pelantar pemandangan sebab pelantar tersebut berada di trek jalan tar. Trek hutan akan bertemu dengan simpang untuk turun ke dam lama ataupun naik terus ke puncak. Untuk ke pelantar pemandangan hanya perlu ikut jalan tar lebih kurang 15-20 minit pondok dan laluan ke pelantar berada di satu corner. Tapi ramai tak perasan sebab laluan masuk terhalang sengan batang pokok besar tumbang.
Untuk ke puncak boleh terus dengan jalan tar. Tapi puncak tak menawarkan pemandangan buat pendaki. Hanya kawasan larangan menara telekomunikasi.
Oleh itu kalau nak tengok view boleh ke pelantar pemandangan. Boleh tengok view hingga ke Gunung Bintang di Baling.
4. Taman Negara Teluk Bahang
Trek Teluk Bahang agak mencabar. Jika korang beginner, saya nasihatkan korang sediakan mental dan fizikal.
Dengan trail sejauh 10-11 kilometer, memang agak mencabar.
Terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara Pahang.
Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar.
Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan.
Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan.
5. Gertak Sanggul
Ramai hiker berpendapat Gertak Sanggul atau Pulau Betong merupakan lokasi yang kurang menarik untuk di cuba.
Bagi saya lokasi ini amat menarik setelah beberapa kali hike di sini.
Trek pendakian agak mudah di sini. Biasanya pendakian adalah untuk menikmati permandangan matahari terbit dan terbenam.
gertak sanggul hiking disini ada gmbar lain x